Sunday, March 6, 2011

liverpool 3 man u 1..bagus liverpool!!



yeesssss kalah lagi man u..berbaloi la g tgk bola kat luar tadi.suarez punye skill terbaik dowh.sambil2 pekena tomyam tgk bola,nikmat pulak tgk man utd kena..biasalah kat kedai penyokong man u la paling ramai.tapi semua diam jekkk..hahaha..liverpool sumbat gol je teruss sorakk kuat2.
Luis Suarez, Liverpool
Luis Suarez
Opppsss lupa nak bg tau..aku penyokong chelsea hihi..thank u suarez!

Kereta-Kereta Mewah Ghadaffi (presiden Libya)




Kereta yang didakwa Libya sebagai kereta terselamat di dunia yang dinamakan The Saroukh el-Jamahiriya (Roket Libya). Ini kerana ia menyerupai roket. Bentuk seperti kereta James Bond, telah dimiliki Ghadafi sejak tahun 1999 dan mempamerkannya kali pertama semasa 30 tahun revolusi Libya, sekitar 11 tahun lalu.Mempunyai pertahanan elektronik dan 'bampar' untuk pertahanan dan beg 'airbag'. Boleh memuatkan lima penumpang dengan engin V6/230hp. Dalamannya disaluti kulit dan karpet khas Libya. Harganya 2 Juta Euro pada 1999.

Penulis:fuyyyoo hebat gila kereta nih..kalah lambo!!

jom tengok ag kereta Ghadafi;




huhhh..kalau ade duit semua bolehhhh...

Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.
“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.
Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.
Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.
p/s: Tak tau lah sejauh mana kebenaranya…sekadar untuk dijadikan tauladan kepada kita semua
credit to selanonline.net

Wednesday, January 5, 2011

lama nye x berblog..

gile .. semggu kat kampong x sentoh lgsung pasal tenet..berblog apetah lagi..bukannye xde tenet tapi bila balik kampong ni rasa nak berjalan je kejenye..satu ag selera makan bertambah..ngan ulamnyee..budunyee..air asamnyee..makan berhidang...yg paling penting x payah bayarr! mmg la xpayah bayar sebab dok umah je melantak..haha

ni aku nk start tulis blog ni rasa macam xde inspirasi la pulak..nak je aku nak buat blog ni macam tulis diari..tapi lari lak tujuan asal aku nk bg korang sikit maklumat yg berilmiah mahupun tak ilmiah..kang aku tulis diari kat sini,rasa diri ini poyo pulak..nk bg org lain baca diari..cehh!!macam la ramai yg jenguk blog aku ni haha..

ni aku selit makanan aku kat kampong yg jarang2 aku makan kat kl ni..lau ade pon x power sgt;

pergg budu..mantap cicah ngn ikan rebus,ulam
Nasi kukus
ade ag ni tapi kang aku tunjuk macam gila melantak lak aku..tapi rasa truja la bila lama sgt x rasa makanan kampong..balik kelantan je,mula2 aku cari budu dulu!!hehe lepas salam tgn mak laa..


Wednesday, December 22, 2010

tevez kekal kat city

ni aku amik kat kosmo.nasiB baik tevez kekal kat epl ag.

Tevez setuju kekal di Eastlands


TEVEZ bersetuju kekal di Eastlands selepas berbincang dengan pemilik kelab.

MANCHESTER – Carlos Tevez membawa khabar gembira buat Manchester City.

Semalam, dia telah memberi persetujuan untuk terus kekal dengan kelab di Eastlands itu.

Namun berita tersebut gagal membantu City meraih kemenangan apabila tewas 1-2 kepada Everton di laman sendiri, sekali gus melepaskan peluang merampas tangga teratas Liga Perdana England daripada Manchester United.

Penyerang Argentina itu telah membatalkan hasrat untuk meninggalkan City setelah mengadakan pertemuan dengan pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak dan ketua eksekutif kelab, Garry Cook sebelum aksi bertemu Everton itu.

Pengurus City, Roberto Mancini berkata: “Keputusan Tevez untuk kekal sesuatu yang cukup penting. Tapi hanya itu saja berita gembira buat kami malam ini (awal pagi semalam) kerana kami telah tewas kepada Everton.”

Everton mendahului menerusi jaringan Tim Cahill seawal minit keempat dan Leighton Baines (19) sebelum gol sendiri Phil Jagielka (72) menghidupkan sedikit peluang City.

Namun Everton yang dibimbing David Moyes cekal bertahan biarpun penyerangnya, Victor Anichebe dibuang padang pada minit ke-60 sebelum pertahanan City, Kolo Toure turut dibuang padang pada minit ke-90.

“Kami gembira kerana segala masalah berhubung Tevez telah selesai. Tevez seorang pemain kelas dunia dan sumbangannya kepada kelab ini tidak ternilai.

“Saya lega kerana kini boleh fokus semula perhatian kepada pasukan tetapi pada masa sama sedikit kecewa kerana kami melepaskan peluang untuk merampas tangga teratas liga,” jelas Mancini.

Sementara itu, Moyes pula berkata: “Kami bukan pada prestasi terbaik dan ternyata kemenangan ini cukup menggembirakan. Sukar untuk beraksi 10 pemain terutama untuk mengawal pergerakan Tevez.” – Agensi

Monday, December 20, 2010

pasal bola lagi;carlos tevez my faberet player


Dgr berita, Roberto Mancini, bos man city nak tukar dah pangkat kapten kat tevez tu. beliau nak tukar kolo toure pulak jd kapten man city.lau bkn toure,si kompany yg jd kapten.ape la nasib tevez pas ni ye??

dah la mamat tu dah xde semangat nk main bola kat man city.mancini lak dah xnak tevez jd kapten.kolo toure sebelum ni bawah pengurus lama dah jadi kapten sebenarnye..ape nama r pengurus lama tu...errr..mark hughes kot.tapi sebabkan nak kekalkan mamat argentina sorang ni kat man city,mancini lantik tevez jd kapten.

teveZZ
man city lawan everton hari ni,xtau la postpone jugak ke tak,sebab salji kat london,almaklumlah nk dekat krismas,,kemungkinan kolo toure jadi kapten sampai masa depan tevez ngan man city ni setel. kan mamat argentina ni nak sgt pindah tp man city xnak lepas.ni nak kena setel dulu la ni baru main ade semangat sikit.

minggu lepas tevez dah buat surat nk pindah tapi man city reject..man city nak tevez patuh kat kontrak yg sampai 2014...lau xsilap bulan 7 thun tu dia abis kontrak.adooiii memang sakit r nk tunggu 2 tahun ag.nk wat cane,si tevez ni malam2 termenung teringat bini,anak kat argentina.sape x sedeh siot.

sori la pasal dok celoteh pasal bola ni.ntah2 korang pon x kenal tevez tu sape..ntah2 xpaham lgsung,nak wat cane,malaysia skang ni dh tgh gila bola.yela,dapat masuk final..berbelas2 tahun tu tunggu nak masuk final ni.aku pon gila jugak la skang.yang aku melalut pasal tevez ni sebab dia idola aku hehe.satu ag idola aku norshahrul idlan talaha n keeper malaysia. ;D

Khairul Fahmi @ Apek

Sunday, December 19, 2010

main futsal bersama org seopis

company aku ade buat lawan futsal lam minggu ni. mmm katanye saje suka2 wat release tension bekerja.masalahnye skang betul ke saje suke2?tgk2 nanti main kena serius pulak,kena menang.kalau suka2 mmg best lah sebab aku pon nak gak main futsal ngn bebudak opis ni.

kalau main kena menang ni yg x best nih. kena main sungguh2 huhu.bukan malas tapi niat nak release tension kan.kang makin tension lak kalau kalah, tambah2 kena maki hamun ngn budak2 yg pandai sikit main.dh la sorg teaam aku ni poyo sikit.kalau bersembang ngn dia mesti dia aje yg paling hebat.


kalau nak menang sgt,ambik khairul fahmi; keeper malaysia kat atas ni haa. baru team lain xleh skor hehe.ni la first time aku minat keeper malaysia.biasanye minat penyerang.ni la baru keeper,bola melekat je kat tangan. eh,salah topik lak haha.ape2 pon tahniah dapat g final

sambung balik pasal mamat poyo yg dalam team aku nih,ni kalau aku main futsal ngn dia mesti idop aku tertekan.budak2 lain main nak enjoy dia lak lebih2 nak menang. tambah2 pulak masa lawan futsal nanti ade penyokong pompuan n gadis2 remaja.memang bertambah la semangat dia nk tunjuk skil.arrgghhh dammnn.!

ape2 pon layan je la game tu nanti main cam biasa.hehe sebenarnya aku jarang main bola ni lepas abis sekolah.main futsal pon dah sempot2.abis 10 minit dah letih dah...akibat merokok kott..adoooiii esok kene keje.(sambil hati mencongak masa depan)