Wednesday, November 24, 2010

2 ALAM~menunggu kepecahan panggong nye..

TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010
BILJUDUL FILEMGENREKOS PRODUKSIMULA TAYANGKUTIPAN KASAR (RM)
1.
Adnan Sempit
KOMEDI / DRAMA1.50 juta14.01.20107.66 juta
2.
2 Hati 1 Jiwa
DRAMA0.98 juta28.01.20100.40 juta
3.
Lu Pikirlah Sendiri The Movie
KOMEDI1.73 juta11.02.20102.15 juta
4.
Niyang Rapik
SERAM1.64 juta25.02.20103.72 juta
5.
V3: Samseng Jalanan
AKSI1.72 juta11.03.20103.88 juta
6.
KL Drift 2
AKSI1.92 juta25.03.20105.67 juta
7.
Semerah Cinta Stilleto
AKSI1.50 juta08.04.20102.13 juta
8.
Hooperz
KOMEDI1.27 juta22.04.20100.29 juta
9.
Belukar
AKSI / DRAMA / CINTA2.10 juta06.05.20100.30 juta
10.
Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami
KOMEDI / CINTA0.98 juta20.05.20100.56 juta
11.
Lagenda Budak Setan
DRAMA / CINTA1.36 juta03.06.20104.28 juta
12.
Kecoh Betul
AKSI / KOMEDI1.85 juta03.06.20102.03 juta
13.
Kapoww!!
AKSI / KOMEDI1.98 juta17.06.20100.27 juta
14.
Zoo
AKSI / KOMEDI
01.07.20102.17 juta
15.
Mantra
SERAM1.82 juta15.07.20102.74 juta
16.
Senario Asam Garam
KOMEDI / CINTA1.70 juta09.09.20102.47 juta
17.
4 Madu
KOMEDI / CINTA
09.09.20101.82 juta
18.
Magika
MUZIKAL / FANTASI2.40 juta23.0920103.14 juta
19.
Jangan Pandang Belakang Congkak 2
KOMEDI / SERAM1.80 juta07.10.20104.23 juta
20.
Cuti-Cuti Cinta
AKSI / DRAMA / CINTA1.20 juta21.10.20103.16 juta *
21.
Estet
AKSI / KOMEDI1.97 juta04.11.20100.32 juta *
22.
Crayon
DRAMA1.31 juta11.11.20100.028 juta *
23.
2 Alam
DRAMA1.51 juta18.11.20100.23 juta *

   



MMM BILA AGAKNYE NAK PECAH PANGGUNG 40 JUTA NI!!


TApi bg pendapat aku lah tu cuma strategi pemasaran dr Rozmey..dia uar2kan pecah panggung 40 juta bg menarik minat penonton ke pawagam.mestila tertanya2 best ke cerita ni sampai 40 juta.sape yg dh tgk tu kira termakan la 'pujuk rayu' iklan habis habisan dr rozmey tu hehe.


tapi ramai lak yg kutuk dr ni.yg ramai kutuk org melayu gak.ape2 pon bangga lah sebab antara melayu yg jutawan hehe macam back up dr rozmey je aku ni kah3!

PATUNG EROTIK PUTERA BRUNEI

PUTERA JEFRI BOLKIAH

ini saya petik di kosmo;








MICHA RAINES

NEW YORK - Micha Raines, bekas tunang Putera Jefri Bolkiah yang 
merupakan adik Sultan Brunei memberitahu sebuah mahkamah kelmarin 
bahawa beliau tidak mendapat bantuan kewangan daripada putera itu 
bagi menyara seorang anak lelaki mereka berusia lima tahun, lapor 
sebuah akhbar semalam.
Raines, 41, yang juga merupakan bekas pekerja Putera Jefri berkata, 
walaupun tidak menerima bantuan, beliau jarang mengalami masalah kewangan.

Menurutnya, Putera Jefri berkongsi kekayaan dengannya semasa 
mereka bersama antara tahun 1996 hingga 2005.
"Saya dibayar gaji (lumayan) ketika saya bekerja untuknya. 
Apabila kami bertunang, saya diberikan banyak hadiah," kata Raines.
Menurutnya, pada satu ketika, beliau memperoleh AS$45,000 (RM140,265)
sebulan. Wanita itu kini tinggal di sebuah kediaman mewah berharga
 AS$8.5 juta (RM26.4 juta) di Las Vegas yang dihadiahkan oleh Putera Jefri.

Beliau memberikan keterangan dalam kes saman Putera Jefri terhadap
 dua bekas peguamnya bagi menuntut ganti rugi lebih AS$7 juta (RM21 juta).

Dua bekas peguamnya itu didakwa menipunya semasa menguruskan hartanya.

Menurut Raines, putera itu mengupah dua peguam tersebut, 
Thomas Derbyshire dan isterinya Faith Zaman selepas mereka bertemu 
di London pada musim panas 2004. Sebuah akhbar melaporkan bahawa 
wajah Raines menyerupai rupa empat patung wanita yang diukir 
sedang mengadakan hubungan seks dengan patung lelaki mirip 
Putera Jefri. - Agensi


tapi korang semua dah tengok ke gambar patung Putera Jefri ni?
ni aku letak kat bawah ni tengokla puas2 tp jgn contohi pulak ye hehe

nasib baik dah sensor hehe!tapi tgk lama2 seram la pulak! mm ada duit banyak semua jadi




Dayus

        ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :- 
1)     Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)  

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya" (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150) 
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : "cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 ) 
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali. 

Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar : 
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya (Matalib uli nuha, 5/320 ) 
  
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : "Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 ) 
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : "Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 ) 

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
  •  Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinyadinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
  •  Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  •  Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  •  Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  •  Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
  •  Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  •  Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  •  Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
  •  Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  •  Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
  •  Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  •  Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
  •  Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
  •  Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku!"
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. 
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
p/s:kadang2 tertanya2 jugak kenapa xde istilah perempuan dayus ye?

Wednesday, November 10, 2010

Asian Games; Malaysia Vs Japan 0-2


Japan beat Malaysia at Asian Games 2-0


Japan's Kensuke Nagai (L) scores his side's first goal against Malaysia during the first half of a soccer match at the Asian Games on Nov. 10, 2010, at Huadu Stadium in Guangzhou, China.


 

Japan's Hotaru Yamaguchi (L) scores with a header his side's first goal against Malaysia during the second half of a soccer match at the Asian Games on Nov. 10, 2010, at Huadu Stadium in Guangzhou, China. Japan won 2-0 to advance to the knockout stage of the men's soccer tournament. (Kyodo)

adoiii....kena menang la lawan China jap lagi..go go Malaysia!!
Sape lagi nak sokong malaysia kalau bukan kita sendiri..jgn main lembek2 dahh..juang habis habisan..kalah pon berbaloi!

Saturday, November 6, 2010

Dexter Season 5

What do u think about dexter season 5 so far? did u find it more interesting than season 4 that the best season for dexter.love trinity vs dexter concept =). The fourth season was breathtaking! From the first to the finale episode and the death or Rita.


Michael C. Hall as Dexter Morgan
Dexter Season 5 with all the highlights that have been going on: Quinn trying to tie loose ends from Trinity case, Deb having a hard time chasing the Santa Muerte criminals and Dexter in a emotional whirlwind.


We're 6 episodes deep now,and so far nothing exciting,nothing relevant.Annoying characters ( Lumen,Debra) and the ones who were used to bring some humour to the show (Pervert Mazuka,romantic Batista) are irrelevant too! Half the season has been broadcasted already and still no goosbumps,no big questions,no big suspense.i'm dissapointed so far..I'm sure many of fan of dexter feel the same feeling too.


But I still download n watch Dexter because i'm addicted to this!!Maybe i have to wait another episode huhh.anyway, Episode 6 of dexter season 5 really good...thumbsUppp!!


Lumen aka Julia Stiles..new star on Dexter


Friday, November 5, 2010

Kisah al-Masihi ad-DajaL

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.


Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?


 Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang sahih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

 Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang sahih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

 Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,“Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya"

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.” 

Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar  al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

                “Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

                “Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

KEISTIMEWAAN DAJAL
                Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

                Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

                Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

                Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

                Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

               Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

               Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

BILA DAJAL DILAHIRKAN
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah (Sea of Galilee), adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.
Sea of Galilee di Tiberias, Israel (Google Maps View)


Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?
                Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

                Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.”Riwayat al-Tarmizi.

                Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

                Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

                “Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

                Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

                Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

                Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

                Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)

                                                                           
                                                                                

Cinta sejati bawa ke mati


ade jugak yg bunuh diri pasal cinta kan. tapi xpasti la dia ni bunuh diri pasal cinta ke.ntah2 bunuh diri pasal hutang PTPTN ke, hutang along ke.yg pasal cinta tu sebab mulut2 org bercerita.pengajarannye,bunuh diri tu sia2.dah la konpem masuk neraka.sakit kat dunia sakit kat akhirat.

Tempat Baru, Suasana Baru

sejak aku pindah tempat baru ni hidup aku dalam ketakutan hehe.mmg la dah pindah umah yg best sikit.umah skyview.ade guard.mmg selesa lah. yg x selesanye ramai pulak gay pondan yg dok sini.mata diaorg ni lak suka merenung pulak tu..hehe memang ngeri.kang kena ngorat lak haha.naseb bek x ensem.maybe aku mengada2 kot nak takot.biasalah x selesa ngn suasana baru. dulu dok umah kebanyakan kawasan family.
Tapi cni best gakk..byk awek2 pakai seksi. Kuar pakai boxer je..budak2 U lak tu.muda2.cuci mata la pagi ptg malam.Ni aku letak gambar . boleh teka x kat mana?

Thumbelina Si Kuda Comel

Kuda paling kecik kat dunia ni kot.Bestnye lau dapat satu pelihara kat umah.boleh wat macam kucing hehe.tinggi kuda ni 17 inci je.bolehla budak2 wat naik.korang yg dah tua tu jgn la naik pulak.ni aku letak gambar dia,comell x?