Wednesday, November 24, 2010

PATUNG EROTIK PUTERA BRUNEI

PUTERA JEFRI BOLKIAH

ini saya petik di kosmo;








MICHA RAINES

NEW YORK - Micha Raines, bekas tunang Putera Jefri Bolkiah yang 
merupakan adik Sultan Brunei memberitahu sebuah mahkamah kelmarin 
bahawa beliau tidak mendapat bantuan kewangan daripada putera itu 
bagi menyara seorang anak lelaki mereka berusia lima tahun, lapor 
sebuah akhbar semalam.
Raines, 41, yang juga merupakan bekas pekerja Putera Jefri berkata, 
walaupun tidak menerima bantuan, beliau jarang mengalami masalah kewangan.

Menurutnya, Putera Jefri berkongsi kekayaan dengannya semasa 
mereka bersama antara tahun 1996 hingga 2005.
"Saya dibayar gaji (lumayan) ketika saya bekerja untuknya. 
Apabila kami bertunang, saya diberikan banyak hadiah," kata Raines.
Menurutnya, pada satu ketika, beliau memperoleh AS$45,000 (RM140,265)
sebulan. Wanita itu kini tinggal di sebuah kediaman mewah berharga
 AS$8.5 juta (RM26.4 juta) di Las Vegas yang dihadiahkan oleh Putera Jefri.

Beliau memberikan keterangan dalam kes saman Putera Jefri terhadap
 dua bekas peguamnya bagi menuntut ganti rugi lebih AS$7 juta (RM21 juta).

Dua bekas peguamnya itu didakwa menipunya semasa menguruskan hartanya.

Menurut Raines, putera itu mengupah dua peguam tersebut, 
Thomas Derbyshire dan isterinya Faith Zaman selepas mereka bertemu 
di London pada musim panas 2004. Sebuah akhbar melaporkan bahawa 
wajah Raines menyerupai rupa empat patung wanita yang diukir 
sedang mengadakan hubungan seks dengan patung lelaki mirip 
Putera Jefri. - Agensi


tapi korang semua dah tengok ke gambar patung Putera Jefri ni?
ni aku letak kat bawah ni tengokla puas2 tp jgn contohi pulak ye hehe

nasib baik dah sensor hehe!tapi tgk lama2 seram la pulak! mm ada duit banyak semua jadi




No comments:

Post a Comment