Friday, December 17, 2010

Kes Tergempar Daphne Iking



Bekas suami model dan pengacara televisyen, Daphne Eleanor Iking mengejutkan Mahkamah Majistret di sini semalam dengan memberitahu bahawa Isobel Daniella Iking-Chong, 2, adalah bukan anak kandungnya.

Ryan Chong Yiing Yih, 32, saksi pertama kes ketika menyambung keterangannya pada prosiding semalam berkata, dia mula mengesyaki perkara itu selepas membaca kiriman e-mel di antara Pengarah Urusan Adidas, Darren Choy Khin Ming, 45, dan Daphne, 31.

Darren Choy
Ryan memberitahu mahkamah, dia menjumpai siri kiriman e-mel antara mereka berdua pada 10 Ogos 2008 dalam komputer milik isterinya. Mereka berbalas e-mel sejak 13 September 2006, iaitu sebelum berkahwin dengan Daphne dan situasi itu berterusan sehingga mereka berkahwin. Katanya, dalam e-mel tersebut, kiriman Daphne kepada Darren antara lainnya turut menyebut, muka anak tersebut lebih mirip kepada Darren.

"Dalam e-mel tersebut ada menyebut anak tersebut mungkin bukan anak kandung saya. Jadi saya membawa Isobel ke sebuah klinik di Petaling Jaya untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan perkara itu.

"Sampel spesimen tersebut kemudian dihantar ke Australia untuk diuji. Berdasarkan daripada laporan perubatan tersebut menerangkan bahawa saya bukan bapa kepada Isobel," dakwanya ketika disoal oleh peguamnya, Wong Kian Kheong.

No comments:

Post a Comment