Wednesday, December 22, 2010

tevez kekal kat city

ni aku amik kat kosmo.nasiB baik tevez kekal kat epl ag.

Tevez setuju kekal di Eastlands


TEVEZ bersetuju kekal di Eastlands selepas berbincang dengan pemilik kelab.

MANCHESTER – Carlos Tevez membawa khabar gembira buat Manchester City.

Semalam, dia telah memberi persetujuan untuk terus kekal dengan kelab di Eastlands itu.

Namun berita tersebut gagal membantu City meraih kemenangan apabila tewas 1-2 kepada Everton di laman sendiri, sekali gus melepaskan peluang merampas tangga teratas Liga Perdana England daripada Manchester United.

Penyerang Argentina itu telah membatalkan hasrat untuk meninggalkan City setelah mengadakan pertemuan dengan pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak dan ketua eksekutif kelab, Garry Cook sebelum aksi bertemu Everton itu.

Pengurus City, Roberto Mancini berkata: “Keputusan Tevez untuk kekal sesuatu yang cukup penting. Tapi hanya itu saja berita gembira buat kami malam ini (awal pagi semalam) kerana kami telah tewas kepada Everton.”

Everton mendahului menerusi jaringan Tim Cahill seawal minit keempat dan Leighton Baines (19) sebelum gol sendiri Phil Jagielka (72) menghidupkan sedikit peluang City.

Namun Everton yang dibimbing David Moyes cekal bertahan biarpun penyerangnya, Victor Anichebe dibuang padang pada minit ke-60 sebelum pertahanan City, Kolo Toure turut dibuang padang pada minit ke-90.

“Kami gembira kerana segala masalah berhubung Tevez telah selesai. Tevez seorang pemain kelas dunia dan sumbangannya kepada kelab ini tidak ternilai.

“Saya lega kerana kini boleh fokus semula perhatian kepada pasukan tetapi pada masa sama sedikit kecewa kerana kami melepaskan peluang untuk merampas tangga teratas liga,” jelas Mancini.

Sementara itu, Moyes pula berkata: “Kami bukan pada prestasi terbaik dan ternyata kemenangan ini cukup menggembirakan. Sukar untuk beraksi 10 pemain terutama untuk mengawal pergerakan Tevez.” – Agensi

Monday, December 20, 2010

pasal bola lagi;carlos tevez my faberet player


Dgr berita, Roberto Mancini, bos man city nak tukar dah pangkat kapten kat tevez tu. beliau nak tukar kolo toure pulak jd kapten man city.lau bkn toure,si kompany yg jd kapten.ape la nasib tevez pas ni ye??

dah la mamat tu dah xde semangat nk main bola kat man city.mancini lak dah xnak tevez jd kapten.kolo toure sebelum ni bawah pengurus lama dah jadi kapten sebenarnye..ape nama r pengurus lama tu...errr..mark hughes kot.tapi sebabkan nak kekalkan mamat argentina sorang ni kat man city,mancini lantik tevez jd kapten.

teveZZ
man city lawan everton hari ni,xtau la postpone jugak ke tak,sebab salji kat london,almaklumlah nk dekat krismas,,kemungkinan kolo toure jadi kapten sampai masa depan tevez ngan man city ni setel. kan mamat argentina ni nak sgt pindah tp man city xnak lepas.ni nak kena setel dulu la ni baru main ade semangat sikit.

minggu lepas tevez dah buat surat nk pindah tapi man city reject..man city nak tevez patuh kat kontrak yg sampai 2014...lau xsilap bulan 7 thun tu dia abis kontrak.adooiii memang sakit r nk tunggu 2 tahun ag.nk wat cane,si tevez ni malam2 termenung teringat bini,anak kat argentina.sape x sedeh siot.

sori la pasal dok celoteh pasal bola ni.ntah2 korang pon x kenal tevez tu sape..ntah2 xpaham lgsung,nak wat cane,malaysia skang ni dh tgh gila bola.yela,dapat masuk final..berbelas2 tahun tu tunggu nak masuk final ni.aku pon gila jugak la skang.yang aku melalut pasal tevez ni sebab dia idola aku hehe.satu ag idola aku norshahrul idlan talaha n keeper malaysia. ;D

Khairul Fahmi @ Apek

Sunday, December 19, 2010

main futsal bersama org seopis

company aku ade buat lawan futsal lam minggu ni. mmm katanye saje suka2 wat release tension bekerja.masalahnye skang betul ke saje suke2?tgk2 nanti main kena serius pulak,kena menang.kalau suka2 mmg best lah sebab aku pon nak gak main futsal ngn bebudak opis ni.

kalau main kena menang ni yg x best nih. kena main sungguh2 huhu.bukan malas tapi niat nak release tension kan.kang makin tension lak kalau kalah, tambah2 kena maki hamun ngn budak2 yg pandai sikit main.dh la sorg teaam aku ni poyo sikit.kalau bersembang ngn dia mesti dia aje yg paling hebat.


kalau nak menang sgt,ambik khairul fahmi; keeper malaysia kat atas ni haa. baru team lain xleh skor hehe.ni la first time aku minat keeper malaysia.biasanye minat penyerang.ni la baru keeper,bola melekat je kat tangan. eh,salah topik lak haha.ape2 pon tahniah dapat g final

sambung balik pasal mamat poyo yg dalam team aku nih,ni kalau aku main futsal ngn dia mesti idop aku tertekan.budak2 lain main nak enjoy dia lak lebih2 nak menang. tambah2 pulak masa lawan futsal nanti ade penyokong pompuan n gadis2 remaja.memang bertambah la semangat dia nk tunjuk skil.arrgghhh dammnn.!

ape2 pon layan je la game tu nanti main cam biasa.hehe sebenarnya aku jarang main bola ni lepas abis sekolah.main futsal pon dah sempot2.abis 10 minit dah letih dah...akibat merokok kott..adoooiii esok kene keje.(sambil hati mencongak masa depan)


Friday, December 17, 2010

Kejatuhan Seorang Lagenda (Tan Sri P Ramlee)


Lepas tgk history channel pasal p ramlee (tgk kat youtube je),rasa sedeh plak.Lama dah aku nak coret kat sini pasal kisah hidup p ramlee masa kejatuhan beliau tapi xde masa lak. Sebenarnye ade yg mengatakan p ramlee jatuh sebab kuat berjudi.ade yg ckp pembalasan sebab buat naya pd norizan.Tapi tu semua cerita mulot orang bukan dari arwah sendiri.Kita doakan yg baik2 utk beliau kerana mghidangkan kita kreativiti yg tidak boleh ditandingi oleh sesiapa.

Ramli kecik cakap masa arwah meinggal, dia org tak da duit siap takut tak da org nak dtg... kesian.... tp pakcik aku penah cakap dulu memang time p ramlee meninggal.. dia tgh miskin.. tp tak sangka lak aku sampai miskin mcm nih sekali... 

Pada aku... memang kaum cha ya nun alif nih tak leh buat kawan meniaga... habis semua dia sapu.. p ramlee tak dpt apa pun.. nasir tu cakap..shaw boleh cakap semua tu harta shaw... pada aku nih semua punca dr shaw brothers ngan lee kwan yew.... lepas nih pakat jgn beli cd original cerita p ramlee.. sbb keturunan dia tak dpt apa pun... keturunan dia cuma dpt royalti dr lagu2 jek... filem2 dgn shaw brothers satu sen pun dia org tak dpt.

kita tinggalkan kisah/citer keburukan dia....
kita tgk apa kebaikan dan kenangan yg dia tinggalkan utk kita....
atuk aku tak suka tgk citer P.Ramlee...
sbb dia kata kalau kita sayangkan dia...
sepatutnya kita tak tgk citer dia....
selagi citer dia d tayangkan...
selagi tu dia merana kat Alam Barzakh sana....
baik kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah utk beliau...
kalau kita sayangkan beliau...
wallahua'lam....

Kes Tergempar Daphne Iking



Bekas suami model dan pengacara televisyen, Daphne Eleanor Iking mengejutkan Mahkamah Majistret di sini semalam dengan memberitahu bahawa Isobel Daniella Iking-Chong, 2, adalah bukan anak kandungnya.

Ryan Chong Yiing Yih, 32, saksi pertama kes ketika menyambung keterangannya pada prosiding semalam berkata, dia mula mengesyaki perkara itu selepas membaca kiriman e-mel di antara Pengarah Urusan Adidas, Darren Choy Khin Ming, 45, dan Daphne, 31.

Darren Choy
Ryan memberitahu mahkamah, dia menjumpai siri kiriman e-mel antara mereka berdua pada 10 Ogos 2008 dalam komputer milik isterinya. Mereka berbalas e-mel sejak 13 September 2006, iaitu sebelum berkahwin dengan Daphne dan situasi itu berterusan sehingga mereka berkahwin. Katanya, dalam e-mel tersebut, kiriman Daphne kepada Darren antara lainnya turut menyebut, muka anak tersebut lebih mirip kepada Darren.

"Dalam e-mel tersebut ada menyebut anak tersebut mungkin bukan anak kandung saya. Jadi saya membawa Isobel ke sebuah klinik di Petaling Jaya untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan perkara itu.

"Sampel spesimen tersebut kemudian dihantar ke Australia untuk diuji. Berdasarkan daripada laporan perubatan tersebut menerangkan bahawa saya bukan bapa kepada Isobel," dakwanya ketika disoal oleh peguamnya, Wong Kian Kheong.

SM Nasarudin & Marion Telah Selamat Diijabkabul



Perkahwinan pengacara popular, Marion Rose Caunter Abdullah, 30, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasaruddin Tan Sri SM Nasimuddin, 27, berjalan lancar apabila pasangan berkenaan diraikan dalam satu majlis yang meriah malam tadi.

Majlis gilang-gemilang yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental di sini dihadiri kira-kira 800 tetamu yang terdiri daripada saudara terdekat dan rakan-rakan kedua-kedua belah pihak.

Kelmarin pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu upacara akad nikah yang diadakan di sini.

Marion adalah hos untuk program E! News Asia bersama Dominic Lau yang juga selebriti dari Hong Kong bermula Mac lalu.

Dominic juga turut diundang khas untuk mengacarakan majlis tersebut.

“Kepada semua tetamu, terima kasih kerana dapat meluangkan masa untuk hadir pada majlis malam ini.

“Ternyata tahun ini sungguh bermakna kepada saya, bukan sahaja dalam perniagaan tetapi juga kehidupan peribadi yang akan saya lalui selepas bergelar suami,” ujar SM Nasaruddin ketika berucap kepada tetamu. (dipetik dari kosmo)

Faezah Elai Biografi

Nama: Noor Faezah Elai
Panggilan: Faezah
Tempat Lahir: Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1982
Umur: 28 tahun
Status: BujangAdik-beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Pendidikan: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Hobi: Mendengar muzik
Kerjaya: Pelakon, pengacara dan model
Filem: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Tolong Awekku Pontianak, Senjakala dan Mantera.
Drama: Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Miah Oh Miah dan Asmara.
Iklan: Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish dan Celcom
Pengacara: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9) dan Seri (TV3)
Pencapaian: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Gorgeous People majalah Female. 

#penulis:aku pon x tau ape tujuan aku buat biografi minah ni..nak cakap dapat pahala tu memang jauh panggang dari api lah..pe pe hal pon aku tgh boring xtau nk buat ape skang..layann je la..kat bawah ni aku letak gambar2 minah ni.






Kes Faezah Elai (version Azad plak)

Kes Faezah Elai satu hal lagi. Tak cukup dengan kenyataan bahawa senario hiburan itu 'busuk', tambah pula dengan gosip baru kononnya sedang bercinta dengan pengarah drama, Haikal Haniffa, sampaikan ada individu mendakwa, isteri si Haikal menghubungi bekas teman lelaki Faezah, Azad Jazmin untuk mengetahui cerita sebenar. Itu kisah minggu lepas.


Interview Melodi
Ini pula perkembangan terbaru tentang perbalahan Faezah dan Azad. Tak cukup dengan laporan polis, maklumat baru pula mengatakan Faezah sebenarnya sudah ketuk pintu bilik peguam.

Makin menjadi-jadi pula. Kononnya Faezah nak pasang peguam kasi amaran bertulis supaya Azad berhenti 'duk berteriak' begitu-begini lagi.

Faezah Elai berkata bahawa Azad Jazmin merupakan dalang utama yang menyebarkan gosip cinta antara dia & Heykal Hanafiah.

Dalam akhbar, Faezah Elai berkata bahawa baru-baru ini Azad ada menghubunginya dan menyebabkan azad berang.

“Tetapi, si perempuan ni baru-baru ini ada claim dalam paper bahawa saya telefon dia. Bila masa aku telefon hang? Hang tunjuk bukti kat aku bahawa aku yang telefon hang? Sudahlah hang menghancuqkan rumahtangga orang, lepas tu hang tukar fakta pulak. Hang ingat ini global? Aku pulak yang buat cerita pasal si isteri ini? ” balas Azad sinis, bengang.

Sambung Azad lagi, “Hang ni orang kampung aku, malulah sikit! Aku orang Penang, hang pun orang Penang. Hang pi tanya satu Penang, siapa kedai aku, siapa kedai hang? Jangan ganggu harimau yang sedang tidoq. Tapi hang dah ganggu!”

“Pom Pang Pom Pang bagi bimbang, buat apa? Jangan buat kacau kat sini, hang buat kacau isteri orang!”

Faezah Elai & Azad bercinta

“Pasal cerita ni saya nak bagi clear lah. Saya & Faezah ni, saya memang tak pernah bercinta dengan perempuan ni. Bila masa saya bercinta dengan dia? Cuma kami pernah berkawan rapat, sebab kami datang daripada satu syarikat yang sama. So, la ni kami dah takda company tu dah. Bila masa aku berkawan dengan hang?”

“Dalam paper, dia dok cakap saya bekas kekasih dia. Kalau tak bercinta, macam mana boleh jadi bekas kekasih? ”

#penulis: hayyyaaa...mana satu betul niii..tapi lajan sajee

Per cite skandal Faezah Elai?

Antara artis yang aku suka tgk berlakon adalah faezah anak kpd elai. Tapi nak buat cane,dah nama artis,hal2 peribadi walaupun betul atau x betul tetap kena korek dan ditatap oleh orang ramai.

Pada saat namanya memuncak dan mula menjadi sebutan, tiba-tiba timbul cerita kurang enak membabitkan Noor Faezah Elai.

Heboh kini Faezah, 28, dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pengarah Heykal Hanifah, 37, dengan isterinya, gara-gara dituduh terjebak dengan skandal. Bukan itu saja, pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Otai itu dikatakan turut diserang isteri Heykal, Rosmanizawani Nadzir atau Jaja, 37, yang juga warga industri muzik.

Ditemui pada sesi fotografi khas bersama Rap, baru-baru ini, Faezah dengan tenang menjelaskan ini pertama kali namanya dipalit kontroversi yang cukup mencengkam sejak tiga tahun bergelar pelakon. Lebih menyedihkan anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini, mendakwa ia tidak benar sama sekali.

"Saya sudah menjelaskan kepada isteri pengarah itu (Jaja) gosip yang dihebohkan itu tidak benar. Tapi biasalah siapa yang nak percaya dengan cakap saya tapi saya yakin kebenarannya akan terbukti satu hari nanti," katanya.

Ahad lalu, Melodi TV3 menyiarkan kenyataan pelakon filem Ngangkung, Azad Jazmin, 34, yang mendakwa Faezah cuba berdolak-dalik apabila mengaitkan dirinya dalam gosip itu. Sebelum ini Azad dikatakan menjadi pihak yang membawa mulut atau menyampaikan cerita skandal itu kepada Jaja.

Azad Jasmin
Menjelaskan lebih lanjut, Faezah berkata, dia mendapat tahu daripada sumbernya sendiri Azad yang memaklumkan gosip itu kepada Jaja.

"Tak sangka pula cerita ini jadi besar sehingga saya pula sekarang dikatakan tergila-gilakan Azad! Saya masih simpan semua mesej yang diberikan Azad kepada saya termasuk mesej cinta, tapi saya tak pernah layan semua itu. Niat saya hanyalah hendak bantu Azad mencipta nama dalam dunia lakonan kerana kami sama-sama berasal dari Pulau Pinang. Itu saja. Memang benar saya juga pernah membuat laporan polis pada 2009 kerana dulu banyak ugutan saya terima daripada Azad termasuk membabitkan maruah keluarga saya.

"Malah Heykal juga menjelaskan kepada saya isterinya sendiri beritahu Azad yang menceritakan kononnya kami ada skandal. Malah sewaktu kami berjumpa di rumah seorang penyampai TV, ramai lagi orang ada menjadi saksi. Saya dituduh datang berdua sedangkan ayah saya yang hantar ke rumah itu," jelasnya.
Eira Syazira
#penulis:arrghh .. xpuas ati betul aku kat azad ni (lam hati:cilakak,dua2 awek putih melepak,ayat power siot mamat ni)

Faezah turut menegaskan dia jadi keliru dengan isu yang ditimbulkan itu kerana apabila dia bertanya sendiri kepada Azad (yang kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan Eira Syazira), Azad mula memutarbelitkan fakta.

Faezah juga mendakwa, Azad yang sebenarnya ada masalah peribadi dengan Heykal menyebabkan terbitnya cerita yang tidak benar. Bagi Faezah, isu itu seolah-olah berkait-kait.

"Terus terang, saya tak mahu lagi ambil pusing mengenai gosip yang diperkatakan itu kerana ia jadi semakin rumit dan berbelit. Namun, saya percaya, kontroversi seperti ini akan datang dan pergi. Tak lama lagi kalau orang dah tahu cerita sebenar, ia akan hilang dengan sendiri," katanya.
Mamat yg dikaitkan ngn faezah.damnn
Bercerita lanjut, Faezah tidak menafikan gosip mengatakan dia cuba merampas suami orang, sedikit sebanyak membuatkan dirinya kecewa dengan industri sehingga pernah terlintas di hati untuk mengundur diri.

"Bagaimanapun, keluarga saya minta saya bersabar. Mereka menasihatkan saya supaya menjadi lebih kuat dan faham semua ini adalah asam garam dunia artis. Mendengarkan kata-kata keluarga, saya kembali semangat.

"Bayangkan saya tinggal dengan ibu bapa. Bukan itu saja, ke mana saya pergi pasti ada ahli keluarga menemani. Saya jarang keluar berseorangan. Apabila habis penggambaran saya akan terus pulang ke rumah. Jadi bila pula masanya saya pulang pagi dan menghabiskan masa dengan pengarah terbabit. Cerita seperti ini sangat memalukan," katanya.

Faezah menegaskan, gosip membabitkan hal peribadi seperti itu bagaimanapun tidak boleh menandingi 'kata penghinaan' yang diluahkan seorang wartawan hiburan kepadanya pada awal pembabitan dalam lakonan.

"Sewaktu membintangi filem Otai, selepas majlis majlis previu, seorang wartawan datang kepada saya dan berkata kemunculan saya merosakkan filem itu. Mendengarkan kata-katanya membuatkan saya rasa sangat sedih dan geram.
.
"Saya akui pada awal kemunculan di layar filem lakonan saya memang teruk. Tapi saya mahu buktikan kepada diri sendiri bahawa saya boleh berubah dan maju ke depan," katanya. Akibat daripada 'kata penghinaan' itu, Faezah hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai pengacara. Malah banyak tawaran berlakon filem diterima waktu itu, tetapi ditolak.

Untuk memulihkan kembali keyakinan, Faezah kembali memulakan karier lakonan dari bawah dengan membintangi drama sebagai watak pembantu dan bekerja dengan pengarah berkaliber, antaranya Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Kabir Bhatia. Dia turut mencuba pelbagai watak termasuk antagonis dalam siri Asmara dan Tomboy dalam slot Sutera Maya.


Paling meninggalkan kesan di hati penonton apabila dia menjadi anak yang dianiaya ibu sendiri dalam telemovie Miah Oh! Miah. Lebih membanggakan apabila drama arahan Pierre Andre itu turut dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung 24 Disember ini.

Sunday, December 12, 2010

Video-Video Konspirasi Dajjal

prefer klik yg tajuk the arrivals

Pilih mengikut kategori konspirasi:

Identiti Dajjal (Teori 2:Dajjal Suatu Bentuk Manusia Berjasad)

Identiti Dajjal (Teori 2:Dajjal Suatu Bentuk Manusia Berjasad)



Pandangan kedua ialah Dajjal adalah manusia berjasad dan sememangnya teori atau tanggapan yang paling banyak dipegang oleh seluruh umat Islam.
Pada zaman dahulu, umat Islam percaya bahawa Dajjal adalah suatu makhluk hidup yang ganas yang akan muncul pada akhir zaman. Menghancurkan setiap manusia yang tidak patuh kepadanya. Dajjal juga dianggap berbadan besar, bertaring, ganas dan menakutkan.
Tapi kini semua itu telah mula diperbaiki setelah berlaku beberapa penemuan-penemuan manuskrip dan kajian yang menyeluruh terhadap permasalahan Dajjal. Pemikir-pemikir Islam kini mula mengkaji kitab-kitab Injil asli dan Taurat asli sambil mengutip pandangan-pandangan ulama’-ulama’ Yahudi yang percayakan akan kewujudan Dajjal pada akhir zaman.
Hasil kajian yang menyeluruh membuatkan seorang pengkaji terkenal Muhammad Isa Dawud mengemukakan teori barunya berkenaan Dajjal. Teorinya masih berpegang kepada teori lama iaitu Dajjal adalah makhluk hidup yakni manusia, bezanya dari segi identiti dan pertumbuhan Dajjal. Berikut adalah teorinya.
Nama Asal Dajjal : As-Samiri (diambil dari al-Quran, Injil & Taurat)
Tempat Asal : Samirah, Palestin (diambil dari manuskrip)
Tarikh Lahir : 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa (dari manuskrip kuno)
Umur : berumur panjang & masih hidup (dari al-Quran, hadith & manuskrip kuno)
Tempat Tinggal Dahulu : Sebuah pulau batu antara Syria dan Iraq (hadith & manuskrip kuno)
Tempat Tinggal Sekarang : Segitiga Bermuda (pendapat Jin Islam, sarjana barat, ulama’ Yahudi & manuskrip kuno)

Identiti Dajjal (Teori 1:Dajjal Suatu Bentuk Idealogi)

Identiti Dajjal
Perbincangan dan hujah-hujah yang dinyatakan di sini 90 peratus adalah merujuk kepada pendapat “Muhammad Isa Dawud”. Pandangan dan hujah beliau diambli kira sebagai hujah dominan kerana hanya belaiu seorang setakat ini yang bergiat cergas dalam membongkar masalahat di atas.


Beliau juga mampu membaca dalam bahasa Ibrani, ‘Arami, Arab Kuno, Inggeris dan Parsi. Dan itu tidak mustahil kerana beliau memang berkelulusan dan Bidang Pengajian Perbandingan Agama di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Bukan itu sahaja malah beliau juga menyimpan pelbagai manuskrip-manuskrip kuno yang diperoleh beliau hasil dari pengembaraannya di seluruh negara Eropah, Skandinavia dan Arab.
Selain itu, teori-teori yang dikemukan juga merujuk kepada pandangan ulama’-ulama’ dan tokoh pemikir-pemikir lain yang dirasakan sesuai dalam membahaskan bab Dajjal ini.
Pandangan pembaca amat dialu-alukan dalam setiap teori yang dikemukakan. Pembaca juga digalakkan mengemukakan teori masing-masing berserta hujah-hujah yang konkrit. Sesiapa sahaja layak untuk membuat teori walaupun orang awam biasa.

The Dajjal Defination In Wikipedia.
Dajjal
ad-Dajjal sometimes spelled Dajal, (Arabic: الدّجّال, ad-dajjāl) (“The Deceiver/impostor”), is an evil figure in Islamic eschatology. He is to appear at a time in the future, before Yawm al-Qiyamah (The Day of Resurrection, Judgement Day).

Dajjal” (compare to “Devil”) is a common Arabic word, used in the sense of “false prophet”, but “Ad-Dajjal“, with the definite article, refers to “The Imposter“, a specific end-of times deceiver. The term Al-Masih Ad-Dajjal(Arabic for “The False Messiah”) is a literal translation of the Syriac term“Meshiha Deghala”, which had been in the common vocabulary of the Middle East and adapted into the Arabic language 400 years prior to the Qur’an via the Peshitta (which uses that term instead of the Greek “antichristos”). 

The belief is based around the events prior to the Day of Judgment around the Second Coming of The Christ, when ad-Dajjal shall gather an army of those he has deceived and lead them in a war against Jesus, who shall be accompanied by an army of the righteous.
He will appear somewhere between Syria and Iraq, at which time Jesus will return and defeat ad-Dajjal in Palestine. He will be unable to enter Mecca or Medina.
Linguistically, the reason for his name being “Masih-ad-Dajjal” is simply because Masih is a title given to one who travels extensively to increase their influence in the world. Jesus is also called masih because he will roam throughout the world to preach righteousness and virtue, whereas the Dajjal would travel around the world to do just the opposite. He would gain control over the whole world, which is the specific reason he is called ‘masih’. Essentialy, Jesus is the Masih of virtue and righteousness; Dajjal is the Masih of evil.[1]

The word Dajjal has two connotations: First, it signifies a group which supports falsehood and works with cunning and deceit. Secondly, it is the name of the Satan who is the father of all falsehood and corruption.[2]

Wednesday, November 24, 2010

2 ALAM~menunggu kepecahan panggong nye..

TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010
BILJUDUL FILEMGENREKOS PRODUKSIMULA TAYANGKUTIPAN KASAR (RM)
1.
Adnan Sempit
KOMEDI / DRAMA1.50 juta14.01.20107.66 juta
2.
2 Hati 1 Jiwa
DRAMA0.98 juta28.01.20100.40 juta
3.
Lu Pikirlah Sendiri The Movie
KOMEDI1.73 juta11.02.20102.15 juta
4.
Niyang Rapik
SERAM1.64 juta25.02.20103.72 juta
5.
V3: Samseng Jalanan
AKSI1.72 juta11.03.20103.88 juta
6.
KL Drift 2
AKSI1.92 juta25.03.20105.67 juta
7.
Semerah Cinta Stilleto
AKSI1.50 juta08.04.20102.13 juta
8.
Hooperz
KOMEDI1.27 juta22.04.20100.29 juta
9.
Belukar
AKSI / DRAMA / CINTA2.10 juta06.05.20100.30 juta
10.
Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami
KOMEDI / CINTA0.98 juta20.05.20100.56 juta
11.
Lagenda Budak Setan
DRAMA / CINTA1.36 juta03.06.20104.28 juta
12.
Kecoh Betul
AKSI / KOMEDI1.85 juta03.06.20102.03 juta
13.
Kapoww!!
AKSI / KOMEDI1.98 juta17.06.20100.27 juta
14.
Zoo
AKSI / KOMEDI
01.07.20102.17 juta
15.
Mantra
SERAM1.82 juta15.07.20102.74 juta
16.
Senario Asam Garam
KOMEDI / CINTA1.70 juta09.09.20102.47 juta
17.
4 Madu
KOMEDI / CINTA
09.09.20101.82 juta
18.
Magika
MUZIKAL / FANTASI2.40 juta23.0920103.14 juta
19.
Jangan Pandang Belakang Congkak 2
KOMEDI / SERAM1.80 juta07.10.20104.23 juta
20.
Cuti-Cuti Cinta
AKSI / DRAMA / CINTA1.20 juta21.10.20103.16 juta *
21.
Estet
AKSI / KOMEDI1.97 juta04.11.20100.32 juta *
22.
Crayon
DRAMA1.31 juta11.11.20100.028 juta *
23.
2 Alam
DRAMA1.51 juta18.11.20100.23 juta *

   



MMM BILA AGAKNYE NAK PECAH PANGGUNG 40 JUTA NI!!


TApi bg pendapat aku lah tu cuma strategi pemasaran dr Rozmey..dia uar2kan pecah panggung 40 juta bg menarik minat penonton ke pawagam.mestila tertanya2 best ke cerita ni sampai 40 juta.sape yg dh tgk tu kira termakan la 'pujuk rayu' iklan habis habisan dr rozmey tu hehe.


tapi ramai lak yg kutuk dr ni.yg ramai kutuk org melayu gak.ape2 pon bangga lah sebab antara melayu yg jutawan hehe macam back up dr rozmey je aku ni kah3!

PATUNG EROTIK PUTERA BRUNEI

PUTERA JEFRI BOLKIAH

ini saya petik di kosmo;








MICHA RAINES

NEW YORK - Micha Raines, bekas tunang Putera Jefri Bolkiah yang 
merupakan adik Sultan Brunei memberitahu sebuah mahkamah kelmarin 
bahawa beliau tidak mendapat bantuan kewangan daripada putera itu 
bagi menyara seorang anak lelaki mereka berusia lima tahun, lapor 
sebuah akhbar semalam.
Raines, 41, yang juga merupakan bekas pekerja Putera Jefri berkata, 
walaupun tidak menerima bantuan, beliau jarang mengalami masalah kewangan.

Menurutnya, Putera Jefri berkongsi kekayaan dengannya semasa 
mereka bersama antara tahun 1996 hingga 2005.
"Saya dibayar gaji (lumayan) ketika saya bekerja untuknya. 
Apabila kami bertunang, saya diberikan banyak hadiah," kata Raines.
Menurutnya, pada satu ketika, beliau memperoleh AS$45,000 (RM140,265)
sebulan. Wanita itu kini tinggal di sebuah kediaman mewah berharga
 AS$8.5 juta (RM26.4 juta) di Las Vegas yang dihadiahkan oleh Putera Jefri.

Beliau memberikan keterangan dalam kes saman Putera Jefri terhadap
 dua bekas peguamnya bagi menuntut ganti rugi lebih AS$7 juta (RM21 juta).

Dua bekas peguamnya itu didakwa menipunya semasa menguruskan hartanya.

Menurut Raines, putera itu mengupah dua peguam tersebut, 
Thomas Derbyshire dan isterinya Faith Zaman selepas mereka bertemu 
di London pada musim panas 2004. Sebuah akhbar melaporkan bahawa 
wajah Raines menyerupai rupa empat patung wanita yang diukir 
sedang mengadakan hubungan seks dengan patung lelaki mirip 
Putera Jefri. - Agensi


tapi korang semua dah tengok ke gambar patung Putera Jefri ni?
ni aku letak kat bawah ni tengokla puas2 tp jgn contohi pulak ye hehe

nasib baik dah sensor hehe!tapi tgk lama2 seram la pulak! mm ada duit banyak semua jadi




Dayus

        ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :- 
1)     Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)  

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya" (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150) 
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : "cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 ) 
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali. 

Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar : 
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya (Matalib uli nuha, 5/320 ) 
  
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : "Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 ) 
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : "Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 ) 

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
  •  Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinyadinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
  •  Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  •  Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  •  Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  •  Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
  •  Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  •  Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  •  Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
  •  Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  •  Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
  •  Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  •  Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
  •  Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
  •  Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku!"
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. 
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
p/s:kadang2 tertanya2 jugak kenapa xde istilah perempuan dayus ye?